M. NASIR

Balada Seorang Teman Songtext / Lyric


M. NASIR - Balada Seorang Teman Songtext


Inilah lagu kau pinta dulu, balada seorang teman

Yang berbekal dengan satu tekad, mencari jalan pulang

Kisah gejolak jiwa dan badan, tersirat dan suratan

Cuba menghapuskan kesakitan, merintih, meraung pinta keadilan



Atas nama sebuah cinta maknawi

Lagu nama perjalanan sepi



Bahu kanan dan kirinya, adalah teman akrab

Memikul beban asmara birahi, tiada kehabisannya

Tubuh manusia ini kekadang lupa dia manusia

Sebutir pasir sebuah pantai, batu-bata dari sebuah kota



Cerminlah, cerminkanlah kejadian ini

Di dalam sebuah panggung sandiwara rasa






Hey musuh! Berikan namamu sebenar

Ayuh tunjukkanlah wajahmu

Ayuh bentangkanlah permainanmu

Hey hidup! Kau humbankan ku di penjara ini

Apakah bentuk emansipasiku merupakan sebuah pusara

Tak cukup kau hempapkan beban kenikmatan ini padaku

Sedang kau tahu tahap mana ketahananku

Itulah yang kau mahu dari jiwa ini



Apalah pasir yang menjadi kaca

Kaca menjadi cangkir

Apalah tangan yang membentuk cangkir

Apalah mulut yang meminum air

Aku nantikan hujan mawar

Tak ingin lagi kehilangan



Turunlah hujan mawar

Basahkan bumi sahara ku

Biarku bermandi

Seribu warna pelangi

Biarku hapus rindu

Dalam pelukan cita maknawi



Inilah lagu kau pinta dulu, balada seorang teman

Yang berbekal dengan satu tekad, mencari jalan pulang

Kisah gejolak jiwa dan badan, tersirat dan suratan

Cuba menghapuskan kesakitan

Meraung, meminta suaranya

Kedengaran

Oh. kau rindu

Apalah pengujungmu.

Dieser Songtext wurde von www.Deine-Songtexte.com heruntergeladen :)

"Balada Seorang Teman" Video ansehen

Was denkst du über "Balada Seorang Teman"?